Monday, 4 August 2008

Ihtifal PASTI Kuala Selangor kali pertama di Saujana Utama





Saujana Utama 3 Ogos 2008 (Ahad) - Majlis Ihtifal (Pusat Asuhan Tunas Islam)PASTI Kawasan Kuala Selangor yang Pertama telah berjaya di adakan di bangunan KAFA Integrasi Darul Syahadah KIDAS Saujana Utama, Sg Buloh hari ini. Pelbagai acara yang ditelah di pertandingkan seperti Hafazan, Azan, Pidato, Bercerita, Sajak dan Nasyid berkumpulan.


 

 

 

Wakil PASTI dari Saujana Utama iaitu,PASTI Aisyah telah berjaya menjadi Johan dalam acara Azan. Dalam acara Hafazan Lelaki, Hafazan Perempuan dan Deklamasi Sajak Lelaki, PASTI Aisyah telah mendapat Naib Johan manakala dalam acara Nasyid, mendapat tempat ketiga. Johan setiap acara akan mewakili Kuala Selangor ke Peringkat negeri. Sementara itu, PASTI Al-Wadi telah muncul sebagai juara keseluruhan.
Pertandingan bermula pada jam lebih kurang 9.15 pagi dan berakhir jam 1.15 tengahari.


 

Majlis perasmian telah di sempurnakan oleh Ustaz Sallehin B Mukhyi selaku Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor. Beliau dalam ucapannya telah menyatakan “PASTI akan dijadikan pilot dalam menyediakan satu program yang seragam di seluruh Selangor”. Ustaz Solehin Mukhyi yang juga Penasihat PASTI Selangor.Beliau telah dimaklumkan tentang perkara ini menerusi Y. Bhg Dato’ MB Selangor dan peluang ini akan digunakan ke arah untuk standardkan pengiktirafan, emolumen selain pengajaran dengan memanfaatkan instrumen yang ada menerusi kerajaan baru Selangor.

Antara yang turut hadir Ustaz Kamil Bin Hj Sidek Selaku Pengerusi PASTI kawasan Kuala selangor, Sdr Sazali B Turiman Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor serta pimpinan-pimpinan PAS Kawasan.

Terdapat 16 PASTI yang mempunyai lebih kurang 900 orang pelajar berada dalam Kuala Selangor berada di kawasan Kuala Selangor.


0 comments:

Post a Comment