00:13
PAS CAWANGAN FASA 2, BANDAR PUNCAK ALAM
17
Mei 2011-Kuala Selangor - Seramai 220 orang guru mewakili 22 kawasan di
Negeri Selangor diraikan semperna Sambutan Hari Guru peringkat PASTI
N.SELANGOR bertempat di Stadium Tertutup, Komplek Sukan Kuala Selangor.
Majlis dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen
Kuala Selangor. Turut hadir Ust Hasbullah Mohd Ridzwan Pengarah PASTI
Negeri Selangor merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor,
Ustazah Wan Haslina Wan Hasan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor.
Seramai
22 orang guru telah menerima anugerah Guru PASTI Cemerlang. Puan Siti
Nor Ai’dah binti Sukaimi daripada kawasan Sepang dipilih menerima
anugerah Guru Khidmat Setia, manakala Puan Nor Jaswati binti Ismail
dipilih sebagai Tokoh Guru PASTI Negeri Selangor pada tahun ini. Buat
pertama kalinya pada tahun ini diadakan Anugerah Khas PASTI dan saudara
Mohd Aslam bin Mohd Khanani telah diberi beri penghormatan penerima
anugerah ini. Mohd Aslam merupakan Setiausaha PASTI Negeri Selangor dari
tahun 1997 sehingga sekarang dan beliau merupakan di antara individu
yang banyak menyumbang jasa dan bakti kepada perkembangan PASTI di
negeri ini.
0 comments:
Post a Comment