23:44
PAS CAWANGAN FASA 2, BANDAR PUNCAK ALAM
Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor telah
menyempurnakan Majlis Penutup Mesyuarat Agung Majlis Guru-Guru PASTI
Kuala Selangor. Majlis ini telah diadakan di Balai JKKK Kg Bukit
Kuching. Dr Dzul dalam ucapannya mengiktiraf sumbangan-sumbangan yang
tidak ternilai iaitu kegigihan para guru mendidik pelajar-pelajar
pra-sekolah. Ini kerana hasil didikan mereka, pelbagai masyarakat
menghormati PASTI yang berjaya melahirkan pelajar-pelajar yang
cemerlang. Beliau juga mengimpikan satu hari nanti PASTI ini juga
menjadi pilihan kepada bangsa-bangsa lain.
Beliau juga telah menyampaikan sumbangan dana yang diterima oleh Sdr Hakimi selaku Pengarah PASTI kawasan Kuala Selangor.
0 comments:
Post a Comment