23:03
PAS CAWANGAN FASA 2, BANDAR PUNCAK ALAM
13 Jumadilakhir 1433 H
Hari ini sebahagian pemikir kurikulum PASTI berkampung di Putra
Nilai, membahas dan membincangkan hala tuju kurikulum PASTI bagi
mendepani cabaran pendidikan pada abad ke-21 ini.
Meskipun diakui bahawa kurikulum PASTI merupakan antara kurikulum
prasekolah berteraskan Islam yang terunggul, semakan dan penambahbaikan
amat signifikan demi memastikan PASTI dapat memenuhi hasrat serta impian
ibu-bapa seterusnya mendidik anak-anak tunas Islam dengan kemahiran,
ilmu ,penghayatan dan pengamalan akhlak Islam sesuai dengan kepeluan
mereka pada zaman yang amat mencabar ini.
Mudah-mudahan program ini mencapai matlamat yang telah digariskan demi kebaikan untuk semua rakyat Malaysia.
0 comments:
Post a Comment