10:23
PAS CAWANGAN FASA 2, BANDAR PUNCAK ALAM
Kejohanan Catur 9th Asian Schools Chess Championships
2013 yang diadakan di Sri Lanka pada 30 Ogos hingga 6 September 2013
baru-baru ini berlangsung dengan jayanya. Seramai 380 orang peserta dari
14 buah negara telah menyertai pertandingan ini.
Yang paling membanggakan, dua beradik iaitu adik Megat Imran Megat
Mohd Khushairi dan adiknya Megat Zaid Megat Mohd Khushairi dari PASTI
Edu-Kids Al-Amin telah terpilih mewakili Malaysia dalam pertandingan
tersebut. Megat Imran 7 tahun bertanding dalam kategori umur di bawah
tujuh tahun manakala adiknya Megat Zaid 5 tahun bertanding dalam
kategori umur bawah lima tahun.
Kedua-dua beradik tersebut serius di dalam permainan catur sejak
akhir tahun lalu dan aktif menyertai pelbagai kejohanan tempatan sejak
awal tahun ini.
Sebelum ke Sri Lanka untuk menghadiri pertandingan catur tersebut,
mereka telah diberikan penghargaan dari Kerajaan Negeri Selangor di
atas kecemerlangan yang ditunjukkan. Sumbangan sebanyak RM7,000 telah
disampaikan oleh Y.B. Dr Hjh. Halimah Ali Pengerusi Jawatankuasa Tetap
Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan kepada
kedua-dua beradik tersebut. Sumbangan disampaikan di PASTI Edu-Kids
Al-Amin. Y.B. Dr Hjh. Halimah Ali bagi pihak Menteri Besar Selangor, Tan
Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Exco Kerajaan Negeri mengucapkan syabas
dan tahniah kepada anak-anak ini.
PASTI Malaysia mendoakan agar adik Megat Imran dan adik Megat Zaid
berjaya dalam bidang yang diceburi. Semoga pencapaian yang ditunjukkan
oleh mereka dapat menjadi contoh dan pendorong kepada kanak-kanak yang
lain, bukan sahaja dalam bidang cartur, malah dalam bidang-bidang yang
lain.
0 comments:
Post a Comment